My Purple Diary . ♥ Tuan Puteri here ♥ . My Bloggie is My Diary . The same one who mistreated you will end up needing you . I'm easy to feel, but not to fall. I'm easy to love, but not to let go. I'm easy to forgive, but not to forget. I never changed. I just learned . I miss our conversations and how I was able to tell you everything that was on my mind . I never stopped missing you . I ♥ my life
Saturday, 13 September 2014
September :)
Alhamdulillah, thanks to Allah for this better life. Assalamuaikum. Lama sangat Tuan Puteri tak tulis entrykan. Hahaha sorry sangat sangat sebab Tuan Puteri tahun ni SPM jadi takde masa nak post entry baru. Yelah Tuan Puterikan duduk asrama, balik pun 2 minggu sekali jeee 0.0 Okay taknak cerita panjang panjang. First of all Tuan Puteri baru je habis PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2014. Setakat ni alhamdulillah boleh jawab tapi paling sedih selama dua minggu Tuan Puteri demam non stop. Ni pun demam dah surut panasnya tapi suara dah bertukar, hahaha :) Tuan Puteri dah berusaha sedaya upaya untuk dapat result yang terbaik untuk apply matrik. Ya Allah, Tuan Puteri sekarang tawakal dan berserah je. Harap harap rezeki berpihak kepada Tuan Puteri , Ameen. Tuan Puteri sekarang ni banyak masalah dan dugaan yang Tuan Puteri kena hadapi. Takpelah tu semua ujian dariNya kan, Tuan Puteri tak mampu nak menolak semua tu. Hadapi dengan tenang je;ah :) Insha Allah.
First Tuan Puteri taktahu kenapa susah sangat Tuan Puteri nak lupakan Asyraf tu. Padahal dah lebih kurang 2 tahun kitaorang takde pape. Tak dinafikan Tuan Puteri masih sayang kat dia. Kenangan kitaorang, gelak tawa dia, senyuman dia sentiasa dekat fikiran Tuan Puteri. Kadang kadang setiap malam Tuan Puteri fikir pasal dia, rindu sangat kat dia. Yess I'm easy to feel, but not to fall. I'm easy to love, but not to let go. I'm easy to forgive, but not to forget. I never changed. I just learned . Ya Allah itu lah ujian yang paling besar bagi Tuan Puteri :( Tuan Puteri redha, mungkin sekarang dia bukan untuk Tuan Puteri tapi kalau jodoh kami insha allahkan. Allah Maha Adil, Tuan Puteri percaya dengan keputusanNya.
Second things, Tuan Puteri dah nak SPM. Takut sangat, Tuan Puteri takut nanti masa SPM Tuan Puteri taktahu nak jawab macam mana. Takut semua ilmu yang Tuan Puteri belajar tu hilang. Ya Allah takutnya. Tuan Puteri dah berjanji dengan Ibu dan Ayah nak bagi result SPM yang terbaik. Tuan Puteri takut Tuan Puteri tak mampu :( Tuan Puteri nak bahagiakan Ibu dan Ayah. Tuan Puteri taknak tengok dorang kecewa dengan Tuan Puteri. Tuan Puteri nak dorang bahagia, gembira. Tuan Puteri nak sangat dorang bangga dengan Tuan Puteri walaupun Tuan Puteri banyak main main. Ya Allah, Tuan Puteri harap semuanya berjalan dengan lancar. Okaylah mungkin ini je yang mampu Tuan Puteri kongsikan. Insha Allah kalau ada masa lagi Tuan Puteri post entry lagi :) Doakan kesihatan Tuan Puteri ye. terima kasih. Wasalam.
Lovely,
sofiyya ♥
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment